CARS DESIGN
CARS DESIGN
CARS DESIGN
CARS DESIGN
CARS DESIGN
CARS MODIFICATION

Kadar Kompaun Maksimum untuk Kesalahan JalanRaya

KADAR KOMPAUN MAKSIMUM UNTUK KESALAHAN JALANRAYA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 & AKTA MAJLIS KENDERAAN BERMOTOR 1987

1. Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak berdaftar [Seksyen 7(1) APJ 1987] = RM 300.00

2. Menggunakan lesen kenderaan bermotor untuk lebih daripada satu kenderaan dalam satu masa. [Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00

3. Menggunakan lesen kenderaan motor untuk tujuan selain dari sepatutnya. [Seksyen 22(2) APJ 1987] = RM 300.00

4. Tidak memiliki Lesen Vokasional yang sah untuk pemandu dan konduktor kenderaan awam (PSV) [Seksyen56(1) APJ 1987] = Pemandu/Empunya: RM300.00; Konduktor : RM 150.00

5. Gagal mematuhi Perintah Berkurung PG.1 (menggunakan kenderaan ketika masih dalam Perintah Berkurung) [Seksyen 59(9) APJ 1987] = RM 300.00

6. Gagal mematuhi notis pemeriksaan kenderaan bermotor [Seksyen 61(3) APJ 1987] = RM 300.00

7. Tidak mematuhi berat kenderaan yang dibenarkan [Seksyen 63(1) APJ 1987] = RM 300.00

8. Gagal mematuhi arahan untuk menghantar kenderaan ke lokasi yang ditetapkan untuk simpanan [Seksyen 64(1) APJ 1987] = RM 300.00

9. Kesalahan pemandu dan konduktor [Kenderaan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) Peraturan 1959] = RM 300.00

10. Tidak mematuhi syarat permit (kenderaan barangan) Pemandu dan Pemunya
i. Membawa barangan sewa atau ganjaran [Seksyen 19(3) Akta Majlis Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3) CVLB Act 1987)] = RM 300.00

11. Tidak mematuhi syarat (Kenderaan Awam(PSV)) [Seksyen 19(3) Akta Majlis Lesen Kenderaan Perdagangan 1987 (19(3) CVLB Act 1987)]
i. Gagal menggunakan meter teksi = RM 300.00
ii. Kadar tambang yang tinggi = RM 300.00
iii. Enggan mengambil penumpang(teksi) = RM 300.00
iv. Beroperasi di luar kawasan yang dibenarkan = RM 300.00

12. Gagal mematuhi lampu isyarat [Peraturan 17 Tanda Lalulintas (saiz, warna and jenis) Peraturan 1959] = RM 300.00

13. Gunakan laluan sebelah kiri jika bergerak perlahan [Peraturan 4 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00

14. Memotong sepatutnya di lorong kanan (memotong di lorong kecemasan di lorong kiri) [Peraturan 5 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00

15. Kesalahan berkaitan ketika memotong dan menghalang ketika memotong [Peraturan 6 : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00

16. Larangan berhenti di dalam petak kuning [Peraturan 8A : Peraturan Lalulintas 1959] = RM 300.00